I'm back

Assalamualaikum to all my readers (ada ke?..hehehe)

lama betul mimi tak update blog mimi, dah bersawang blog ni.. aigoo.. maklumlah masa tak mengizinkan untuk mimi terus terusan update blog ni.. mimi nak bagitahu mimi dah habis belajar dah untuk peringkat degree in accoutntat.. yeayy seronoknya dah tak perlu study bila ada quiz or exam, dah tak perlu sakit2 kepala hadap laptop buat assignment. sekarang mimi tengah busy intern di audit company hampir 3 bulan dah,  alaa area kota bharu kelantan ni je..tanak jauh2 nanti rindu family pulak..

pengalaman mimi intern di audit company ni memang satu pengalaman yang memang mimi tak boleh nak lupa , yelaa kita boleh menimba banyak ilmu, macam mana kerja auditor in real life, selama nie duk tahu yang dalam buku je.. company tempat mimi audit ni (nama dirahsiakan) bukan sahaja mimi boleh belajar audit, tapi mimi boleh belajar buat akaun guna UBS and SQL softwate.. yang belajar dekat universiti hanya autocount and UBS software je.. tu pon ingat2 lupa.. mimi jugak boleh belajar taxation, company secretary.. memang seronok intern dekat sini. kena marah tu biasa2 jela, anggap ni hanya satu cabaran kecil sebelum kita menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

selepas habis intern, inshaAllah jika diberi peluang mimi akan sambung ACCA sebab apa, cita2 mimi adalah ingin mejadi seorang forensic account yang berjaya. walaupun family bantah , tapi mimi akan buktikan yang mimi boleh jadi forensic account yang berjaya..

oklah sampai sini sahaja coretan mimi , kalau diberi masa lagi mimi akan update lg blog ni.. kalau ada yang buka blog mimi ni tolong2 laa ringankan tangan anda tekan mana2 iklan yang ada dalam blog mimi ni.. bolehlaah korang tolong mimi jana pendapatan sedikit sebanyak :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...